Thursday, October 22, 2009

luahan rasa

citer pasal besday lagi.. esok birthday nasreen yg ke 5. nape entah.. tak excited nak celebrate..hadiah ala kadar, kek lak sungguh mengecewakan. Tempah khas ngan wife kawan suami, tp not up to my standard ISO. kecewa sunguh2. baru pegi amik kul 10 td. mahal lak tu rm40 utk kek tanpa apa2 topping, tanpa sebarang hiasan, tanpa sebarang tulisan... tak serupa kek birthday pun. n nampak mcm kek berkerak n bantat je.. huhu

nasreen tgh tidur. blom tgk lagi rupa kek besday dia. klu dia tgk mesti dia kecewa dan sedih. sian anak mama... what to do...?? tak tergamak nak tempek gambar kek tu kat sini.. waaaaaaaaaaaa...

sib baik MC ada idea.. dgn penuh rasa kecewa alter blk kek tu, sejam sebelum besday girl blk dari school. hampir hancur kek tu dibuatnya.. blh la utk di panggil kek besday lepas2 tu...


ni lah dia kek.. sblm dan selepas di alter.. huhuh.. kejam sungguhh..

Sunday, October 4, 2009

CONVO

10 oct ni akan bermula majlis convo kat uia. Masing2 xcited pi ambik rob kat CAC. Bangga je muka sorang2. Tahniah diucapkan buat graduan2 UIA yg bakal menyarungkan rob dan menerima scroll pada hari bersejarah tu nanti termasuklah my bodyguard. Penulis teringin nak jadi one of them. Tapi anak itik berderet follow kat blkg n otak pun dah berkarat kut.. dah lama peram. Time degree dulu x merasa konvo.. kat sana tak semeriah kat sini n degree student just melanguk bawah stage tanpa naik amik scroll one by one.. phD je layak amik scroll atas stage. dan tanpa kehadiran mak ayah n kaum kerabat, tak bermakna majlis konvo tu.. so better balik cepat cari keje... : )
antara yg turut amik rob sabtu ari tu... TAHNIAH.. CONGRATULATIONS... CHUKHA HAMNIDA.

Sunday, September 27, 2009


DAM DAM DUM BUNYI MERCUN,
SELAMAT HARI RAYA DAN MAAF ZAHIR & BATIN.....
DARI KAMI SEKAMPUNG ..; )


Sunday, August 23, 2009

SALAM RAMADHAN.. SELAMAT BERPUASA DAN BER.......BUKA DAAA.. RAYA LAMBAT LAGI.. HEHEHE

Saturday, August 15, 2009

KEMPEN MEMAKAI MASK









Hari demi hari pengidap H1N1 makin bertambah. Setiap hari kita duk mengira jumlah kematian kat negara kita ni.. Sampai bila keadaan ini akan berlanjutan. Yg musykil.. dlm susasana seserius ini masih ada yg pandang remeh.. endah tak endah dgn langkah2 keselamatan yg sepatutnya kita amalkan utk memastikan penyakit ini dpt dielakkan daripada attack kita dan org2 yg kita sayangi..
Bukan la susah sgt nak pakai mask.. bukan susah sgt utk avoid public area, bukan susah utk bersihkan anggota badan dgn sabun jika itu dpt elakkan kita sekeluarga daripada menjadi mangsa. Selain daripada mengamalkan doa2, eloklah kita amalkan sekali saranan kementerian kesihatan tu.
Anak musafircomot 2 dah sekolah. risau jugak jika berlaku apa2. So musafircomot paksa diorang pakai mask. memang mula2 diorang malu la, rimas la.. tp musafircomot psycho la sikit.. then musafircomot tempekkan sticker kartun kegemaran diorang kat mask masing2.. so cute.. klu tak caya cuba la.. kat mask musafircomot pun ada sticker buttefly sekor.. heheheh.. org nak tgk, pandang2 pun lantak ler.. bukan korang kenal wa pun.. hahaha.. be creative and innovative ok?

Thursday, August 6, 2009

Doa supaya dilindungi dari segala penyakit.


Semoga Allah melindungi dan menghindarkan diri2 kita dari penyakit berbahaya. Selamat beramal.

Monday, August 3, 2009

Penangan HwangNwang....

Ketika entry ini di copy dr http://idhamlim.blogspot.com/ tlh berlaku sbyk 8 kematian akibat jangkitan H1N1 dlm negara kita. It seems like buat masa ini masih tiada cara yg benar2 berkesan utk mengelakkan virus ini drpd terus merebak. Apakah ini merupakan bala dari Allah. Spt yg kita dpt perhatikan sekeliling, betapa manusia skrg hidup sebebas2nya, jauh dari landasan yg tlh ditetapkan agama ISLAM yg kita sayangi.

Wahai manusia..
igtlah dunia semakin di penghujung usia..
kiamat hampir tiba..
apa bekalan yg akan kita bawa..

Bagaimanakah Influenza A (H1N1) merebak?
* Virus influenza A (H1N1) berjangkit daripada manusia ke manusia yang lain melalui titisan cecair pernafasan (iaitu ketika bercakap, bersin atau batuk)
* Sesiapa sahaja yang berhubung rapat (kira- kira 1 meter) dengan mereka yang mempunyai gejala selesema seperti demam, bersin, batuk, selesema, menggigil, sakit sendi dan lain- lain adalah berisiko untuk terdedah kepada titisan cecair pernafasan yang berjangkit.

Siapakah yang berisiko tinggi akibat jangkitan Influenza A (H1N1)?
1. Kanak- kanak berusia kurang 5 tahun
2. Individu berusia 65 tahun dan ke atas
3. Kanak- kanak dan remaja (18 tahun ke bawah) yang mengambil terapi aspirin bagi jangka waktu panjang
4. Wanita mengandung
5. Dewasa dan kanak- kanak yang mempunyai penyakit asma, pulmonari kronik, kardiovaskular, hepatik, hematologikal, neurologik, neuromaskular atau penyakit metabolik seperti Diabetes
6. Dewasa dan kanak- kanak yang mempunyai sistem imuniti yang rendah
7. Individu yang menginap di rumah kebajikan dan institusi penjagaan yang lain.